Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan Buat Semua

Assalammualaikum w.b.t
Chic rasa masih belum terlambat untuk chic ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang suci lagi barakah ini. Chic mohon ampun dan maaf seandainya chic ada tersalah cakap dan tersilap kata pada kawan-kawan semua. Chic ini hanya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Hari ini dah masuk 5 Ramadhan 1433H bersamaan 25 Julai 2012 iaitu bersamaan dengan gaji penjawat awam...hehehehehe. maka chic pun termasuklah golongan yang menerima gaji pada hari ini. Bermacam-macam yang bermain di fikiran chic al-maklum la bulan puasa...tak lama dah nak raya. Nak beli baju raya, kasut raya buat anak-anak...tahun ni sambut raya yang pertama dengan puteri chic yang sulung Nur Batrisyia Maryam. rasa kat hati ni tak sabar nak tunggu maryam besar nak simpan rambut panjang kat dia nak ikat tocang...mesti comei :)

Semalam masa balik dari opis, chic dengan suami singgah pasar ramadhan beli stok ikan pasal ikan basah dah abih kat umah. dah terfikir nak masak apa jadi senanglah bila sampai pasar je terus tuju barang apa yang nak dibeli. semalam buka puasa chic masak kari kepala ikan nyok-nyok (suami dengan chic suka makan kari kepala ikan :p), ikan bawal goreng garing cicah air asam kicap. chic buat cili api potong dengan bawang je pastu perah limau sikit dalam tu...tu pun dah sedap. goreng ikan masin sekor...cukup la untuk kami berdua. untuk anak Muhammad Thaqif Iffan 6 tahun, chic beli nasi ayam kat dia pasal dia suka makan nasi ayam. kesian kat dia tak lalu nak makan bila buka puasa..jadi chic beli la makanan kesukaan dia...hari ni pesan nak lagi nasi ayam wat berbuka. hari ni chic nak pergi nasi ayam dalam sunway carnival kat dia...sedap sikit. sementara nak tunggu suami ambil sempat la chic ke sana. orang kata apa, anak punya pasal. lagipun thaqif ni tak tinggal lagi puasa..alhamdulillah. semoga anak chic thaqif dapat jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat..amin.

Hari ini pula chic rasa nak masak sup daging, buat cili api kicap untuk makan dengan sup, ikan goreng, sayur sawi bunga masak sos tiram. cukup la lauk tu untuk chic dan suami buat berbuka nanti. chic dan suami berbuka ala kadar je...tak macam orang lain penuh meja makan. tak nak membazir sebenarnya, lagi pun chic dan suami suka berbuka dengan lauk yang dimasak sendiri. Alhamdulillah, suami chic pun suka makan apa yang chic masak...

Selamat Berpuasa dari Chic sekeluarga