Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan Buat Semua

Assalammualaikum w.b.t
Chic rasa masih belum terlambat untuk chic ucapkan selamat menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan yang suci lagi barakah ini. Chic mohon ampun dan maaf seandainya chic ada tersalah cakap dan tersilap kata pada kawan-kawan semua. Chic ini hanya manusia biasa yang tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Hari ini dah masuk 5 Ramadhan 1433H bersamaan 25 Julai 2012 iaitu bersamaan dengan gaji penjawat awam...hehehehehe. maka chic pun termasuklah golongan yang menerima gaji pada hari ini. Bermacam-macam yang bermain di fikiran chic al-maklum la bulan puasa...tak lama dah nak raya. Nak beli baju raya, kasut raya buat anak-anak...tahun ni sambut raya yang pertama dengan puteri chic yang sulung Nur Batrisyia Maryam. rasa kat hati ni tak sabar nak tunggu maryam besar nak simpan rambut panjang kat dia nak ikat tocang...mesti comei :)

Semalam masa balik dari opis, chic dengan suami singgah pasar ramadhan beli stok ikan pasal ikan basah dah abih kat umah. dah terfikir nak masak apa jadi senanglah bila sampai pasar je terus tuju barang apa yang nak dibeli. semalam buka puasa chic masak kari kepala ikan nyok-nyok (suami dengan chic suka makan kari kepala ikan :p), ikan bawal goreng garing cicah air asam kicap. chic buat cili api potong dengan bawang je pastu perah limau sikit dalam tu...tu pun dah sedap. goreng ikan masin sekor...cukup la untuk kami berdua. untuk anak Muhammad Thaqif Iffan 6 tahun, chic beli nasi ayam kat dia pasal dia suka makan nasi ayam. kesian kat dia tak lalu nak makan bila buka puasa..jadi chic beli la makanan kesukaan dia...hari ni pesan nak lagi nasi ayam wat berbuka. hari ni chic nak pergi nasi ayam dalam sunway carnival kat dia...sedap sikit. sementara nak tunggu suami ambil sempat la chic ke sana. orang kata apa, anak punya pasal. lagipun thaqif ni tak tinggal lagi puasa..alhamdulillah. semoga anak chic thaqif dapat jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat..amin.

Hari ini pula chic rasa nak masak sup daging, buat cili api kicap untuk makan dengan sup, ikan goreng, sayur sawi bunga masak sos tiram. cukup la lauk tu untuk chic dan suami buat berbuka nanti. chic dan suami berbuka ala kadar je...tak macam orang lain penuh meja makan. tak nak membazir sebenarnya, lagi pun chic dan suami suka berbuka dengan lauk yang dimasak sendiri. Alhamdulillah, suami chic pun suka makan apa yang chic masak...

Selamat Berpuasa dari Chic sekeluarga

Wednesday, June 27, 2012

Dapat hadiah handphone dari suami tersayang

Hari Sabtu 16 Jun 2012...
petang tu dah janji dengan en suami nak pergi carrefour seberang jaya beli barang dapur sikit...banyak stok yang dah kurang. jadi lepas zohor...kedai (kedai dobi) tutup awal sikit, pergi la kami 5 beranak ke carrefour. siap lepas makan pasal menurut kata Dr. Fadzilah Kamsah...kalau nak beli belah pastikan perut penuh kalau tak nafsu membuak2....semua nak. tgk itu nak...tgk ini nak...tgk beg duit??? kosong...hehehehe
bila dah sampai carrefour tujuan utama didahulukan....beli barang pun ala kadar je la..pasal tgh bulan org kata :)
itu pun mau dekat RM200++. ye la susu anak pun 2 tin dah RM100++....mau tak kopak beg duit. siap en suami bayar kat kaunter bayaran...saya dukung maryam...en suami tolak barang yang diisi dengan barang dan anak no. 2...bukan apa...takut anak nanti panjang langkah....yang pasti takut hilang...sapa tak sayang anak oiii. dalam duk jalan nak balik tu..mata ni sempat la jeling tudung-tudung dan baju yang orang jual kat tepi tu...dalam hati haiii....kalau la banyak duit semua nak borong. bila tiba dekat kaunter orang jual handphone en suami berhenti tengok promosi apa yang di jual. saya pun ikut la berhenti...tengok ja apa en suami buat. dia tanya mana elok antara Samsung dan HTC. mana-mana pun elok...(maklum la saya cuma pakai handphone biasa saja walaupun sim 3G :) dia tanya nak ke tak...saya cakap saya tak ada duit (orang keja gomen ni mana ada duit tengah2 bulan...tengah2 bulan ni macam hujung bulan la bagi org gomen). pastu en suami cakap "jawab je nak ke tak"?? jawapan: diam je...segan sebenarnya. walaupun dia suami kita tapi malu/segan tu tetap ada...bagus tak???
Jawapannya...dapat la handphone sebiji sama suami dan isteri...gamaknya en suami kesian kot isteri guna telefon biasa ja...tak canggih mana. saya bukanlah seorang yang gemar akan gadget baru...huhuhu
terima kasih yang tak terhingga buat suamiku kerana beli handphone baru buat ayang....arghhh speechless....tak ternilai rasanya pemberian ini....
p/s: nanti abg beli lagi tau....weeeee

Monday, May 21, 2012

rasa seronok sangat

alhamdulillah...syukur pada Allah...akhirnya terlahir satu lagi blog chic lyn yang boleh buat chic lyn tulis kat sini. nak tulis dalam blog lagi satu "chic choc cake" rasa sangat tak sesuai..pasal blog tu khusus untuk bisnes chic lyn. tapi bila kat sini rasa best sangat....boleh tulis apa saja.

Chic lyn sebenarnya idam buku nak organize blog....tak sabar nak pergi kedai buku rasanya nak beli buku tu. balik keja nanti nak kena singgah juga la kedai buku dalam carrefour tu...hehehehe..selagi tak dapat tak boleh pasal duk terfikir-fikir asyik teringat ja...orang kata mandi tak basah tidur tak lena...hish macam bercinta pula...
macam la ada masa sangat...sebenarnya chic lyn ni tak ada la masa sangat. kalau di pejabat ni sibuk memanjang...tak sempat nak "ulor". ada saja kerja nak buat...kerja nak kena siap pasal deal dengan orang awam...kang tak pasal-pasal orang awam cakap yang bukan-bukan. servis tak bagus la...tak menepati piawaian la....nanti dek kerana nila setitik rosak susu sebelanga kan...

Waktu lunch macam ni la baru chic lyn boleh menulis pasal tak keluar makan...tadi dah beli siap-siap untuk lunch pasal nak siapkan kerja-kerja yang tertangguh. sekarang ni bukan apa...masa cepat sangat berlalu...tengok jam dah pukul 2.00 petang, hehehee...so faham-faham saja la...nak kena berundur dah...masa untuk bekerja....ada masa nanti chic lyn story mory lagi ok....daaaaaaaaaaaaa

Kek Tiramisu Simple



* 1 biji sponge kek atau apa2 kek
* 250ml whipping cream
* 200ml cream cheese
* 1/2 cawan gula halus
* 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
* 1 sudu makan serbuk nescafe
* serbuk koko untuk hiasan


1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi

2. Satukan gula, cheese dan cream

3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu

4. Potong kek pada 2 bahagian

5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek

6. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek

7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.

8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…
9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya
p/s: Letak kek dulu, pastu letak krim. Biar dlm peti ais kejap sebelum keluarkan mould.:)

Moist Chocolate Cake







BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan butter cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:

1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.

2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam / bakar pada suhu 160c @ 1 jam.


*selamat mencuba....mudah, sedap, dan sangat lembut...

Resipi ayam kam yoong

Resipi ayam kam yoong

Bahan-bahan


1/2 ekor ayam dipotong & dibasuh

5 ulas bawang putih - ditumbuk lumat

1 biji bawang besar - ditumbuk lumat

1 paket udang kering - ditumbuk lumat

6 biji cili padi - dititik

2 tangkai daun kari

4 sd besar sos tiram

2 sd besar kicap pekat

1/2 cwn air

secubit garam (sos tiram dah masin tau)

secubit gula

bahan perasa (jika perlu)


Cara-cara


gaul ayam bersama garam & kunyit - goreng & ketepikan

tumis bawang putih, bawang besar, udang kering & cili padi sehingga agak2 kekuningan

masukkan sos tiram & kicap pekat

masukkan air

masukkan ayam & daun kari. masak sehingga ayam dan kuah sebati. masukkan bahan2 perasa

siap utk hidangan dan taburkan bawang goreng

*selamat mencuba....
* kalau nak tukarkan ngan ketam pun boleh....janji ketam goreng garing dulu tau....lagi sedap. rasa cam makan kat village view restaurant la....seyes ni....tak caya cer try....

Resepi Nasi Butter

Resepi Nasi Butter

Bahan-bahan


bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, 250 gm butter

5 batang - serai di potong untuk blender

3 ulas bawang merah - blender
5 pot kecil beras - dibasuh dan ditos

air secukupnya

garam secukup rasa



Cara-cara


panaskan periuk dan masukkan butter

apabila butter telah panas, tumiskan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan bahan-bahan yg telah diblender sehingga naik bau. kemudian masukkan beras, air dan garam...kacau sehingga sebati..

biarkan sehingga nasi masak....
Selamat mencuba...

Gulai Ikan Semilang Mak Ngah



Kari Kepala Ikan Jenahak


Bahan-bahan:

1kg Ikan Semilang - disiang & dibasuh dgn garam, asam jawa/limau nipis
1 biji kelapa yg diparutsedikit asam jawa
1 paket kecil rempah kari (adabi)
3 ulas bawang putih - dimayang
3 ulas bawang merah - dimayang
1 sd kecil halba campur
2 tangkai daun kari

minyak untuk tumis

* bendi / tomato / cili hijau besar ( ramuan campuran dalam kari - terpulang pada individu)


Cara-cara:

* campurkan asam jawa & kelapa, perah untuk dapatkan pati semangkuk kecil (campur rempah kari) & bakinya semangkuk besar untuk kuahnya

1. panaskan minyak di dalam periuk

2. tumiskan bawang putih, bawang merah, daun kari & halba campur sehingga kekuningan

3. masukkan pati santan & rempah kari, kacau sehingga pecah minyak

4. apabila dah pecah minyak masukkan baki santan. masukkan garam & bahan perisa dan biarkan mendidih sebentar

5. masukkan ikan, bendi & cili besar hijau - biarkan sehingga mendidih

6. apabila ikan dan bendi dah masak baru masukkan tomato


SELAMAT MENCUBA RESEPI DARI KELUARGA SAYA......

kes makcik minta sedekah

nak story mory skit nih...
semalam balik dari tepeng ke butterworth naik bas ngan anak2 pasal hb ada keja skit....so nanti dia amik kat stesen bas butterworth la....
cita dia camni...
turun ja dari bas p cari tempat lepak yg senang utk mr hb amik & nampak...so nampak 1 canopy tak dak org ada 3 bijik kerusi. ngam la ngan budak2 ni lagi...
pastu tepon mr hb gtau port dia nak amik nanti....pastu tepon mak gtau dah sampai butterworth...dlm duk sembang ngan mak tu mai sorang mak cik ni umoq lebih kurang 58 - 60 thn la....(besa teka tepat muahahaha). kita duk cakap kat tepon ni...dia mai duk cakap ngan kita...pikiaq tak mau kuang ajaq....tunjuk isyarat tangan "tunggu sat"....dia pun diam la...sat ja...pastu cakap balik...haish mak cik ni betoi2 susah kot ni...(pikiaq dlm ati la). tak dan abih ckp ngan mak pasai kesian kat makcik tu..
>aku: ya makcik ada apa...
makcik: hang tunggu bas ka...
>aku: dok aih...saya tunggu suami mai amik...
makcik: ooo makcik nak balik sg. puyu...baru balik hospital. hg tau sg puyu tang mana
>aku: tak tau makcik...sg puyu tu kat mana (nampak sgt aku org luaq) - bleh kena "makan" ni
makcik: bagan ajam. ingatkan hg tunggu bas kalau dak boleh balik skali...err hg ada 5 hengget. bak mai kat makcik...nak balik tak dak duit ni nak buat tambang bas...
>aku: (ahh sudah nak balik skali lak....aku dah takut ni...siap mintak duit lagi). maaf la makcik tak dak la...belum gaji..(dari duduk terus bangun berdiri pegang maryam kuat2)
makcik: hang keja pa...takkan 5 ringgit pun tak dak....
>aku: keja kilang ja makcik...(sori makcik terpaksa tipu...perasaan dah lain macam ni)
makcik: laki hang keja pa
>aku: keja kilang jugak makcik (dah tanya pasai laki lak...aku pa lagi terus tepon mr hb la tanya dah sampai kat mana....)
makcik: awat laki hang mai dah ka....kalau hang takdak 5 ringgit....3 ringgit ka...2 ringgit pun boleh....
>aku: (maaf la makcik bukan saya tak ada duit tapi...err makcik ni p hospital buat apa?
makcik: p cek la...
>aku: ooo tapi ari ni kan ari ahad...mana ada cek ari ahad...
makcik: dok aihh...bukan cek makcik tapi anak makcik. kat hospital parit buntar nu...anak duk kat hospital.
>aku: beraninya makcik p sorang2 sampai parit buntar naik bas pulak tu...(haishh makcik ni...tadi dia kata p check-up dia...pastu p pusing cakap lak...p lawat anak lak). aku tak sedap ati dah ni...tepon lagi mr hb...mana dia tak sampai2 lagi....
skali toleh tgk makcik tu dah blah...ingat nak bagi la juga duit kat dia...tapi tunggu mr hb sampai la...konon2 minta duit kat mr hb...
* mr hb sampai aku cita kat dia...dia kata elok tak bagi...sat g ajar dia minta sedekah lagi....
* hmm motip org minta sedekah cara camni lak...dulu tunjuk surat doktor...kesian punya pasal aku bagi la...demand ooo nak 10 hengget. masa tu penganggur terhormat g...kesian punya pasai...bagi p la...la ni cerdik dah....kalau aku rasa nak derma...aku derma...tak payah nak minta2....aku takkan bagi punya. nasib la...dah kena tipu byk kali....i'm soriiiiiiiiiiiii